Apa itu Ebook/Ebuku?

Ebook merupakan electronic book atau buku elektronik dalam bentuk digital yang berfungsi sama seperti buku biasa.

Di blog ini saya akan menyenaraikan ebook yang berguna untuk anda memulakan perniagaan dan merancang bagaimana menjana pendapatan melalui Internet.

Saya akan cuba membuat review untuk memberi sedikit sebanyak memudahkan anda memilih ebook manakah yang terbaik untuk anda.

[...] Kenapa pilih eBook?..

Post baru:

Carian:

Showing posts with label News Terkini. Show all posts
Showing posts with label News Terkini. Show all posts

01 May 2011

SeductiveX and RefererX

Emmm...baru juga terbaca method adsense ini yang dibina oleh Azlan. Testi yang diberikan menarik sungguh. Rasa terpanggil pula untuk mencipta sendiri scripting menarik visitor dan membuatkan visitor membuat click terutama pada blog2 yang mempunyai keywords yang tinggi nilainya.

Tapi saya lebih suka menggunakan cara tradisional, membuat posting mengikut schedule pada beberapa blog, dan yang penting fresh content. Sebab google suka fresh content tanpa ciluk daripada mana2 sumber. So far blog baru yang ku buat pun cuma sehari launch dah terima visitor, dan hari berikutnya dah masuk alexa ranking.

Asalkan account adsense ku selamat cukuplah.

Tapi pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SX and RX ini boleh lah ikuti dalam forum di wangcyber.com.

Nanti saya letak link ya, dah lupa pula dekat mana.

30 April 2011

Mana Nak Dapat eBook Adsense terbaik dalam Bahasa Melayu

Aha.. hari ini baru disedari, beberapa ebook yang telah lama tersenarai dalam blog tiada lagi dalam pasaran.  Untuk hari ini saja pencarian ebook adsense pula yang menjadi top list dalam blog ini.  Minta maaf ya rakan2 sekalian, penulis asal dah tutup kedai ebook, mungkin menumpukan adsense masing2 la tu..;)

Tapi tinggal sorang lagi IM yang masih mengekalkan kedai ebook beliau, seperti Panduan Raja Adsense daripada Shamsuryadi Apa lagi jangan lepaskan peluang, dapatkan secepat mungkin sebelum kedai ebook dia pula tutup.  Rasanya sekarang ini beliau telah memberi discount untuk ebook2 yang telah di hasilkannya sempena Hari Jadinya yang  bakal tiba pada bulan Mei ini.  Sehingga tarikh itu, discount diberikan.  Fuh bertuah la dapat beli dengan discount.  Saya hari tu beli takde discount pun.  Tapi tak kesah sangatlah. Yang penting, ilmu yang akan anda dapat dan support yang berpanjangan.

Nak saya buat ebook tentang ini, tiada kerajinan pula huhuh, saya hanya mampu untuk share ebook yang saya baca dan pelajarilah daripada sifu yang dah lama berkecimpung dengan dunia adsense nih.

28 April 2011

Domain ku yang terkini Lynxee.com

Aha.. akhirnya ku buka balik domain terbaru..setelah lama berkubur pada tahun 2007 atas kesibukan kerja...sekarang aku dah lapang balik.. Lynxee.com. Domain ku yang terkini ini tiada kaitan pula dengan panduan buat duit online ye. ;)  Ini merupakan tempat penyimpanan segala graphic2 ecards yg selalu ku kirimkan kepada rakan2 terdekat.  Dahulu di kenali Yummyflashy.blogspot.com atau pun yummyflashy.com.

Tidak pula ku sangka dulu, sambutan amat hangat sehinggakan domain ku di block disebabkan mendapat traffic yang tinggi cecah 80k pagerank dlm Alexa...Silap ku juga sebab masa tu masih lagi baru dalam arena buat website sendiri ini. target hari tu nak ke 40k ranking dlm dunia.. hehheheh berangan mat jeninlah dulu ye.. :P

Uhuhu..nampak sangat blog senarai ebook ini masih dalam pembaikan.  Baru ku sedar kini blogspot telah menyediakan template menarik, tu yang terpanggil mengubah balik layout lama ke baru.  Habis hancus script SEO dalam ini, ehheheh dah la tak buat backup pula tu.  Oh rasanya tak mengapa, backup list ku masih ada lagi. Walaupun SEO blog ku tidak lah secanggih IM yang lain, tapi kira boleh la jugakan...asalkan dah masuk dlm list pencarian google, dah rasa bersyukur dah...Alhamdulillah. eh eh.. jangan sangka baru kejap tadi saya buat pencarian, blog ini masih lagi tahap pertama carian seo 'senarai ebook'.  Oh nampaknya teknik seo ku yang terdahulu telah berjaya, terimakasih sifu2 ku sekalian, terutama sekali sifu Meor Shukri SEO 3 Gergasi.

Oh kejap lagi Saya akan letak link terkini membuat website secara terperinci.  Kejap ya tunggu post Saya yang seterusnya.

01 June 2009

Majalah IM yang ke 14

Majalah IM yang ke 14,Download secara percuma Oh tidak di sangka, Majalah IM telah mengorak langkah Edisi yang Ke 14. Sudah agak lama juga saya tidak update senarai Majalah IM Percuma ini.

Jika anda ingin mengetahui tentang RR, MRR dan PLR? Sila dapatkan majalah IM ini dengan percuma. Ianya diterangkan lebih lanjut serta memberi anda tips bagaimana buat duit dengan Jualan Semula.

Click link untuk download majalah IM Edisi 14 ini.

Untuk melihat senarai dan download majalah terdahulu sila klik link ini Majalah IM.

Terima kasih kepada para otai IM kerana menyediakan dan memberi tunjuk ajar secara percuma. Semua kompilasi tips dimuatkan di dalam Majalah IM pada setiap edisi.

19 May 2009

Adsense Oh Adsense

Bila cerita pasal adsense mesti di kaitkan tentang seo, pay per click (ppc) dan blogger. Rasanya rata2 blogger sekarang meletakkan iklan adsense di setiap penjuru blog masing2 untuk mendapatkan nilai bayaran setiap klik daripada pelawat. Pelbagai cara dan warna demi menarik perhatian setiap pelawat untuk melihat iklan yang di paparkan dalam blog masing2.

Saya tertarik dengan cerita Wan Suryani (HotBiz2u) tentang blog beliau yang mendapat earning sebanyak USD1 per day untuk satu blog. Sehingga beliau sanggup membuat blog sebanyak 80 semata2 untuk mendapatkan earning USD80 per day. Untuk mendapatkan earning USD1 per day tak mustahil. Tetapi kalau nak mendapatkan earning sampai USD10 - USD100 per day, mestilah melibatkan PPC ataupun mungkin blog beliau menggunakan niche termahal masa kini.

Keyword yang mahal harganya sudah tentu banyak persaingan. Saya selalunya tidak menghiraukan keyword apa pun. Yang penting blog yang saya buat merupakan hasil pencarian tentang maklumat apa yang saya perlukan dalam Uncle Google.

Selalunya lebih kepada yang berkait tentang Anti virus, Scam di internet, Fashion, Travelling, Video Game , PDA dan Mp3. Kesemua sekali saya mempunyai 10 blog yang aktif. Cuma earning tak banyak la. Tapi every month memang mencapai lebih daripada USD100++.

Rasanya terpanggil juga ingin membuat blog sampai 80 tu. Manalah tau kot2 bertambah lagi earning per day. Cuma kena fikir apa lagi maklumat yang terbaik.

Yang penting sekarang kena pertingkatkan lagi mutu SEO dan Adsense tanpa menggunakan PPC. Cara saya lebih kepada Pendapatan Adsense Tanpa menggunakan apa2 modal. Modal cuma Talian Internet, Usaha, dan rajin-rajin la beli Ebook Adsense. Terimakasih Sifu F2R, En. Ariff 7 hari adsense dan Raja Adsense . Ebook mereka yang termahal tapi hasil yang amat berbaloi. Dah balik modal pun sekarang.

28 April 2009

Jangan Tertipu Ganjaran Celcom RM10 ribu cabutan bertuah

Jangan Tertipu Ganjaran Celcom RM10 ribu cabutan bertuah,Penipuan Celcom RM10000,Scam RM10k,Ganjaran Bonus XPAX RM10 Ribu Ringgit,Prank Calls,ASTRO Cabutan Bertuah,PDRM,Polis diraja Malaysia,Berita SMS,Pelaburan Haram,Penipuan Internet,Penipuan SMS,SMS ScamBaru tengahari tadi saya menerima panggilan telefon daripada nombor "witheld" memperkenal kan diri mereka dari pihak celcom dan memberi kejutan bahawa nombor telefon saya telah memenangi cabutan bertuah mendapat tempat ketiga dan hadiahnya berupa ganjaran RM10 ribu.

Cara percakapan dan pengesahan mereka sungguh meyakinkan. Mereka ini dapat pengesahan dari pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) Kuala Lumpur lagi. Yang mereka perlukan untuk membuat pemindahan duit adalah akaun number dan nombor kad atm yang tertera atas kad.

Saya dah syak lain macam je, jadi saya beri je no akaun dan kad (tak betul sebenarnya) seperti orang yang termakan umpan dia orang nih lah. Sambil-sambil saya buat pertanyaan dan memanjangkan lagi perbualan tu, saya telah membuat pencarian tentang cabutan bertuah Celcom nih.

Cari-cari kat web portal Celcom tak de satu apa pun, cari juga kat google, mana tau tersilap lihat.. langsung zero result.

Orang ini dengan yakin sekali kata, akan buat pindahan secepat mungkin. Apa lagi saya pun cakap kat orang tu, boleh buat pindahan sekarang, saya nak check online. Tetiba orang tu tanya, ada maybank2u ye? Bunyi suara orang tu dah lain mcm pula, bertukar terkejut. Lepas tu dia kata nak mintak user id dan password, sebab pindahan akan dpt hari ini juga... hehehe taktik kotor dah nih...dia ingat senang ke nak tipu orang IT nih..

Dengan selamba dek saja saya ckp transfer tak perlu user id dan password, cuma nombor akaun penerima dah cukup. Tetiba talian phone terputus...

Hhehe nampak sangat la orang tu menipu.. Suara slang dia ada mcm slang indon pulak tu. Hai macam2 lagak manusia sekarang nak tipu duit orang nih, sanggup telefon tu dan menggunakan nama PDRM sebagai pengesahan mereka.

Saya rasa orang tu dah rugi banyak dah buat panggilan ke telefon saya..sebab perbualan bukan main lama lagi tapi satu data pun orang tu tak dapat... heheh salah orang la dia nak permainkan.. habis la phone bil dia ..

[Merujuk kepada Artikel Celcom Tidak Anjur Cabutan Bertuah]

19 November 2008

Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)

Baru baru ini saya telah menerima email yang menggunakan nama id seorang usahawan internet yang berjaya. Saya sudah dapat agak bahawa email itu hanyalah SCAM semata2 kerana telah pun mengetahui latar belakang usahawan internet itu tidak akan terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya, reseller atau mencari downline. Beliau sendiri telah pun memberi email kepada subscriber blog bahawa perbuatan itu dilakukan oleh orang-orang yang cuba mengaut keuntungan dengan menggunakan nama beliau sebagai Sender Email.

Dibawah ini saya sertakan sekali artikel beliau demi mencegah rakyat Malaysia umumnya supaya tidak mudah terjebak dengan gejala Scam dan skim-skim cepat kaya di internet yang semakin berleluasa dan rata-rata rakyat Malaysia merupakan penyumbang senarai tertinggi yang tertipu di alam cyber ini.




Penulis Artikel:
Irfan Khairi



Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya...tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.

Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.

Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati".

Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya" memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

Untuk maklumat lanjut perniagaan Internet, lawati http://www.rahsiainternet.com

21 August 2008

Download Percuma Majalah IM-6 Versi Merdeka

Agak terlewat juga saya menyenaraikan link majalah IM percuma edisi ke 6 Versi Merdeka di dalam blog ini.

>> Klik sini untuk download <<








Dan ini pula merupakan Majalah IM-5 yang tidak sempat saya listkan dahulu.

>> Klik sini untuk Download <<





23 July 2008

Kenapa pilih eBook?

Tajuk kali ini menyentuh tentang kebaikan membeli eBook. Rata2 kenalan di YM mau pun member rapat saya masih lagi memperlekehkan kebaikan membaca ebook dan pembelian ebook kerana mereka fikir boleh mendapatkannya secara download percuma dimana2 lubuk underground di alam maya ini.

Tapi, tak semua ebook yang berguna boleh di download percuma tau! Benda yang paling saya suka mengenai ebook ini adalah Support yang diberikan kepada pembeli ebook. Jika mempunyai masalah atau berkongsi idea kita boleh saja menghantar email kepada penulis ebook tersebut. Dengan cara ini kita lebih cepat memahami isi kandungan yang di sampaikan dari penulisan mereka. Dan yang bestnya, ebook mempunyai beberapa Version. Jika penulis mengemaskini eBook, penulis akan email kepada semua pembeli dan meminta kita download eBook versi terkini.

Seperti contoh ebook mengenai Adsense. Rata2 kengkawan saya telah mengetahui adsense lebih lama berbanding saya yang hanya mengetahuinya tahun lepas. Hampir 2 atau 3 tahun barulah mereka mendapat earning adsense USD100++. Sedangkan saya yang baru saja menceburinya, emm seingat saya lah bulan September 2007 kot, dan sudah mula mendapatkan cash adsense selama 4 bulan dan sekarang hampir setiap bulan mendapat USD100++. Ini adalah kerana saya telah mempelajari tips2 dalam masa yang singkat dengan membeli beberapa ebook mengenai Adsense.

Bukan itu sahaja, perkara asas untuk menaikkan ranking website pun dapat di pelajari dengan pembelian ebook SEO. Walaupun saya mempunyai beberapa Koleksi Free Ebook tentang SEO tapi semua ebook tu hanya terletak cantik di dalam folder tanpa di usik pun. Heheh mungkin jika kita membeli sendiri baru lah kita menghargai dan mempelajarinya setekun yang mungkin berbanding dengan barang Free ini. Sudah menjadi lumrah manusia agaknya. Ok dah mula lah saya melalut. Ye lah dah lama tak update blog ni. Tup2 dah banyak ebook tersenarai dalam pasaran sekarang.

Nanti Ada masa saya akan update dengan beberapa ebook. Buat masa ini saya ingin fokuskan kepada Eksploitasi Ebay dan Kedai Online.

Kepada sesiapa yang membaca blog ini, buatlah tindakan anda sekarang. Time Wait For No body. Misi saya ingin seiring dengan beberapa IM yang terkenal di Malaysia.

Beberapa kenalan IM telah pun out of the "Rat Race". Huhuhu bila lah agaknya aku akan mengikut jejak langkah beliau.

10 May 2008

Selamat Hari Ibu

Hari ini merupakan Hari Ibu dan sempena Hari ibu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu, Mak, Mama, Umi, Mom, Kepada semua para ibu2 di mana saja berada. Terimalah Card yang tidak seberapa ini. Hari ini Tiada ebook terkini disenaraikan.


03 May 2008

Kenapa penulis senarai ebook tidak mempunyai domain sendiri?

Hehehe saja nak buat gimik dengan menceritakan perihal diri..

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya meletakkan senarai ebook di dalam blogger seperti blogspot (free hosting) dan bukan didalam host berbayar? Sebenarnya saya telah pun mempunyai host berbayar sejak tahun lepas lagi tetapi terdapat masalah teknikal di mana saya nih bukan reti sangat nak guna wordpress.

Dah ada member nak membantu install dan aturkan wordpress dalam tu, tapi tetiba satu hari tu satu blog saya telah mencapai traffic yang terlalu tinggi sampaikan pihak hosting tersebut memberi amaran dan segala data2 yang ada di dalam terpaksa di buang termasuk data adsense... adush .. sedih sungguh..sampai sekarang nih saya masih phobia lagi dengan High Traffic dan high ranking nih...orang lain bukan main lagi suka, saya dah mula phobia. Apa tidaknya, banyak data yang tersimpan dlm hosting, yang tak sempat saya buat backup..hu hu hu...

Dan sekarang dah turun pangkat balik tapi ada kebaikan juga la. Saya tak perlu monitor, data yang terdapat di dlm blogger kekal sampai bila2 kot, dan jika dpt high traffic bagaimana tinggi sekali pun, blogspot hosting still working, dan ilmu yang di tinggalkan dlm blogspot akan kekal sampai bila2, manalah tau kan umur kita nih panjang ke pendek..oh...

Domain dan hosting berbayar masih lagi di gunakan untuk urusan PPC (Pay Per Click) dan mungkin juga akan membuka kedai online mengikut panduan yang Saifulsham sarankan dalam ebook terkini beliau. Tengoklah nanti. Belum ada masa lagi nak baca. Saya beli dulu sebab harga promosi agak murah dan review yang diberikan sungguh menarik perhatian. Lagipun saya telah membuat beberapa penyelidikan tentang penulis dan hasil yang diorg telah perolehi. Memang seorang Internet Marketer yang talented. Oh saya lupa. Belum senaraikan lagi ebook beliau.

Saya belum habis baca ebook ini jadi tak boleh buat komen apa2 lagi.

Klik link ini untuk mengetahui lebih lanjut>> Sistem Kedai Online

26 April 2008

ClickBank di buka kepada Rakyat Malaysia

Tergerak hati untuk buka email yahoo pagi2 buta nih..tetiba dapat berita daripada Team Flarebiz mengatakan Click-bank telah di buka kepada Rakyat Malaysia..

Suka hati bukan kepalang, masa ini lah untuk membuka peluang yang lebih luas dalam penjanaan pendapatan melalui online.

Apa tunggu lagi, cepat2 lah register kat clickbank sekarang! Register Free je.

Perlukan panduan Clickbank? Nantikan post saya mengenai Panduan Clickbank akan datang.

*(source senaraiebook.blogspot.com)

22 April 2008

eMajalah IM Percuma

eMajalah IM Percuma Sumber Informasi Perniagaan Internet Malaysia senarai peluang perniagaan internet review buat duit online ebook free download rahsia nak mudah cara affiliate adsense panduan teknikDownload Majalah ini dengan percuma. Link yang saya sertakan ini merupakan majalah IM ketiga.

Untuk Mendapatkan Majalah yang terdahulu sila pergi ke link utama >> Majalah IM Sumber Informasi Perniagaan Internet Malaysia

Senarai Ebook yang telah tiada di pasaran

Di sini ingin saya senaraikan Ebook yang telah tiada di pasaran dan amat sayang sekali sebab kandungan yang terdapat dlm ebook tersebut terlalu berharga untuk tidak di teruskan dan disampaikan kepada orang lain buat masa ini. Melalui ebook ini banyak yang saya pelajari mengenai affiliate, promosi, master resell rights dan pelbagai lagi cara untuk menjana pendapatan.

Kini penulis ebook ini lebih menumpukan kepada penulisan blog semata2...mungkin sudah memperolehi banyak keuntungan dan sekarang lebih menumpukan kepada email subscription pula. Artikel2 yang mereka ini berikan di dalam email pula sangat berguna dan memberi motivasi kepada anda untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Tiada benda yang mudah sebenarnya jika tidak di jana dengan usaha.

Di bawah adalah senarai ebook yang telah tiada di pasaran:

1. Tidak Perlu Kerja (Blog: http://portaljutawan.com/)
Ebook Tidak Perlu Kerja sekarang telah digantikan kepada Teknik Jana Wang Pantas. Selepas ini saya akan senaraikan ebook tersebut.

2. Affiliate Dahsyat (Blog : http://sembangsini.com/)