Apa itu Ebook/Ebuku?

Ebook merupakan electronic book atau buku elektronik dalam bentuk digital yang berfungsi sama seperti buku biasa.

Di blog ini saya akan menyenaraikan ebook yang berguna untuk anda memulakan perniagaan dan merancang bagaimana menjana pendapatan melalui Internet.

Saya akan cuba membuat review untuk memberi sedikit sebanyak memudahkan anda memilih ebook manakah yang terbaik untuk anda.

[...] Kenapa pilih eBook?..

Post baru:

Carian:

Showing posts with label Panduan Membuat eBook. Show all posts
Showing posts with label Panduan Membuat eBook. Show all posts

23 July 2008

Kenapa pilih eBook?

Tajuk kali ini menyentuh tentang kebaikan membeli eBook. Rata2 kenalan di YM mau pun member rapat saya masih lagi memperlekehkan kebaikan membaca ebook dan pembelian ebook kerana mereka fikir boleh mendapatkannya secara download percuma dimana2 lubuk underground di alam maya ini.

Tapi, tak semua ebook yang berguna boleh di download percuma tau! Benda yang paling saya suka mengenai ebook ini adalah Support yang diberikan kepada pembeli ebook. Jika mempunyai masalah atau berkongsi idea kita boleh saja menghantar email kepada penulis ebook tersebut. Dengan cara ini kita lebih cepat memahami isi kandungan yang di sampaikan dari penulisan mereka. Dan yang bestnya, ebook mempunyai beberapa Version. Jika penulis mengemaskini eBook, penulis akan email kepada semua pembeli dan meminta kita download eBook versi terkini.

Seperti contoh ebook mengenai Adsense. Rata2 kengkawan saya telah mengetahui adsense lebih lama berbanding saya yang hanya mengetahuinya tahun lepas. Hampir 2 atau 3 tahun barulah mereka mendapat earning adsense USD100++. Sedangkan saya yang baru saja menceburinya, emm seingat saya lah bulan September 2007 kot, dan sudah mula mendapatkan cash adsense selama 4 bulan dan sekarang hampir setiap bulan mendapat USD100++. Ini adalah kerana saya telah mempelajari tips2 dalam masa yang singkat dengan membeli beberapa ebook mengenai Adsense.

Bukan itu sahaja, perkara asas untuk menaikkan ranking website pun dapat di pelajari dengan pembelian ebook SEO. Walaupun saya mempunyai beberapa Koleksi Free Ebook tentang SEO tapi semua ebook tu hanya terletak cantik di dalam folder tanpa di usik pun. Heheh mungkin jika kita membeli sendiri baru lah kita menghargai dan mempelajarinya setekun yang mungkin berbanding dengan barang Free ini. Sudah menjadi lumrah manusia agaknya. Ok dah mula lah saya melalut. Ye lah dah lama tak update blog ni. Tup2 dah banyak ebook tersenarai dalam pasaran sekarang.

Nanti Ada masa saya akan update dengan beberapa ebook. Buat masa ini saya ingin fokuskan kepada Eksploitasi Ebay dan Kedai Online.

Kepada sesiapa yang membaca blog ini, buatlah tindakan anda sekarang. Time Wait For No body. Misi saya ingin seiring dengan beberapa IM yang terkenal di Malaysia.

Beberapa kenalan IM telah pun out of the "Rat Race". Huhuhu bila lah agaknya aku akan mengikut jejak langkah beliau.

16 January 2008

Rahsia Penulis Ebook Daripada Shamsuryadi

Rahsia Penulis Ebook Shamsuryadi senarai peluang perniagaan internet review buat duit online ebook free download rahsia nak mudah cara affiliate adsense panduan teknik caraTajuk ebook: Rahsia Penulis Ebook
Penulis: Shamsuryadi
Harga Pasaran:
RM20 Sahaja


Deskripsi:
Ketahui Rahsia bagaimana cara membuat RMX,XXX sebulan dengan menulis ebook terbaik dan berkesan.

Tahukah Anda, kebanyakan penulis ebook di Malaysia mempunyai pendapatan 4 angka sebulan dari ebook mereka?

Terdapat pelbagai kelebihan membuat ebook berbanding dengan buku biasa.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut >>