Apa itu Ebook/Ebuku?
Ebook merupakan electronic book atau buku elektronik dalam bentuk digital yang berfungsi sama seperti buku biasa.
Di blog ini saya akan menyenaraikan ebook yang berguna untuk anda memulakan perniagaan dan merancang bagaimana menjana pendapatan melalui Internet.
Saya akan cuba membuat review untuk memberi sedikit sebanyak memudahkan anda memilih ebook manakah yang terbaik untuk anda.
[...] Kenapa pilih eBook?..28 April 2009
Jangan Tertipu Ganjaran Celcom RM10 ribu cabutan bertuah#
Baru tengahari tadi saya menerima panggilan telefon daripada nombor "witheld" memperkenal kan diri mereka dari pihak celcom dan memberi kejutan bahawa nombor telefon saya telah memenangi cabutan bertuah mendapat tempat ketiga dan hadiahnya berupa ganjaran RM10 ribu.Cara percakapan dan pengesahan mereka sungguh meyakinkan. Mereka ini dapat pengesahan dari pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) Kuala Lumpur lagi. Yang mereka perlukan untuk membuat pemindahan duit adalah akaun number dan nombor kad atm yang tertera atas kad.
Saya dah syak lain macam je, jadi saya beri je no akaun dan kad (tak betul sebenarnya) seperti orang yang termakan umpan dia orang nih lah. Sambil-sambil saya buat pertanyaan dan memanjangkan lagi perbualan tu, saya telah membuat pencarian tentang cabutan bertuah Celcom nih.
Cari-cari kat web portal Celcom tak de satu apa pun, cari juga kat google, mana tau tersilap lihat.. langsung zero result.
Orang ini dengan yakin sekali kata, akan buat pindahan secepat mungkin. Apa lagi saya pun cakap kat orang tu, boleh buat pindahan sekarang, saya nak check online. Tetiba orang tu tanya, ada maybank2u ye? Bunyi suara orang tu dah lain mcm pula, bertukar terkejut. Lepas tu dia kata nak mintak user id dan password, sebab pindahan akan dpt hari ini juga... hehehe taktik kotor dah nih...dia ingat senang ke nak tipu orang IT nih..
Dengan selamba dek saja saya ckp transfer tak perlu user id dan password, cuma nombor akaun penerima dah cukup. Tetiba talian phone terputus...
Hhehe nampak sangat la orang tu menipu.. Suara slang dia ada mcm slang indon pulak tu. Hai macam2 lagak manusia sekarang nak tipu duit orang nih, sanggup telefon tu dan menggunakan nama PDRM sebagai pengesahan mereka.
Saya rasa orang tu dah rugi banyak dah buat panggilan ke telefon saya..sebab perbualan bukan main lama lagi tapi satu data pun orang tu tak dapat... heheh salah orang la dia nak permainkan.. habis la phone bil dia ..
[Merujuk kepada Artikel Celcom Tidak Anjur Cabutan Bertuah]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









Buat duit dengan jual semula produk- Interview bersama Abooain.
Sila dapatkan majalah ini di 







0 comments:
Post a Comment