Apa itu Ebook/Ebuku?

Ebook merupakan electronic book atau buku elektronik dalam bentuk digital yang berfungsi sama seperti buku biasa.

Di blog ini saya akan menyenaraikan ebook yang berguna untuk anda memulakan perniagaan dan merancang bagaimana menjana pendapatan melalui Internet.

Saya akan cuba membuat review untuk memberi sedikit sebanyak memudahkan anda memilih ebook manakah yang terbaik untuk anda.

[...] Kenapa pilih eBook?..

Post baru:

Carian:

28 April 2009

Jangan Tertipu Ganjaran Celcom RM10 ribu cabutan bertuah

Jangan Tertipu Ganjaran Celcom RM10 ribu cabutan bertuah,Penipuan Celcom RM10000,Scam RM10k,Ganjaran Bonus XPAX RM10 Ribu Ringgit,Prank Calls,ASTRO Cabutan Bertuah,PDRM,Polis diraja Malaysia,Berita SMS,Pelaburan Haram,Penipuan Internet,Penipuan SMS,SMS ScamBaru tengahari tadi saya menerima panggilan telefon daripada nombor "witheld" memperkenal kan diri mereka dari pihak celcom dan memberi kejutan bahawa nombor telefon saya telah memenangi cabutan bertuah mendapat tempat ketiga dan hadiahnya berupa ganjaran RM10 ribu.

Cara percakapan dan pengesahan mereka sungguh meyakinkan. Mereka ini dapat pengesahan dari pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) Kuala Lumpur lagi. Yang mereka perlukan untuk membuat pemindahan duit adalah akaun number dan nombor kad atm yang tertera atas kad.

Saya dah syak lain macam je, jadi saya beri je no akaun dan kad (tak betul sebenarnya) seperti orang yang termakan umpan dia orang nih lah. Sambil-sambil saya buat pertanyaan dan memanjangkan lagi perbualan tu, saya telah membuat pencarian tentang cabutan bertuah Celcom nih.

Cari-cari kat web portal Celcom tak de satu apa pun, cari juga kat google, mana tau tersilap lihat.. langsung zero result.

Orang ini dengan yakin sekali kata, akan buat pindahan secepat mungkin. Apa lagi saya pun cakap kat orang tu, boleh buat pindahan sekarang, saya nak check online. Tetiba orang tu tanya, ada maybank2u ye? Bunyi suara orang tu dah lain mcm pula, bertukar terkejut. Lepas tu dia kata nak mintak user id dan password, sebab pindahan akan dpt hari ini juga... hehehe taktik kotor dah nih...dia ingat senang ke nak tipu orang IT nih..

Dengan selamba dek saja saya ckp transfer tak perlu user id dan password, cuma nombor akaun penerima dah cukup. Tetiba talian phone terputus...

Hhehe nampak sangat la orang tu menipu.. Suara slang dia ada mcm slang indon pulak tu. Hai macam2 lagak manusia sekarang nak tipu duit orang nih, sanggup telefon tu dan menggunakan nama PDRM sebagai pengesahan mereka.

Saya rasa orang tu dah rugi banyak dah buat panggilan ke telefon saya..sebab perbualan bukan main lama lagi tapi satu data pun orang tu tak dapat... heheh salah orang la dia nak permainkan.. habis la phone bil dia ..

[Merujuk kepada Artikel Celcom Tidak Anjur Cabutan Bertuah]

3 comments:

  1. Ha, ha aku pun dapat panggilan macam kau jugak, tapi kurang sikitlah. RM 5000. Nama phone keluar pun 'witheld'. Cakapnya pun macam indon jugak. Bila tanya, katanya dari kota kinabalu. Hu, hu jauhnya menara celcom ye. Bila dapat tahu aku ada maybank2u dia minta nombor ID. Di tak mintak password. Kantol lah di situ. Kepada pengguna lain, walaupun hanya ID, jangan bagi jugak. Manalah tahu, dia ada cara nak crack password. Aku tahu ada software boleh buat macam tu. Janganlah gelojoh. Kalaulah celcom nak bagi hadiah pun, takkanlah dia menyusahkan kita nak minta ni dan itu. Umumkan je pada kita, lepas tu pergi mana-mana cawangan celcom dapatkan. Takdelah bersembunyi kat belakang h/phone.

    ReplyDelete
  2. Sye pon bru je dpt pnggilan cabutan brtuah dia bgi saye kod rahsia 6 digit.dia tlpn saye dg no mcm no indonesia .... sye curiga dg individu yg mngataskan pihak celcom trbabit. Dia sruh aku pke AtM kl x de sroh pnjam dg saudara mara... smp d AtM die sruh ak tlp ke num ni 0198621088
    Sy xnk tp dia brtnya mcmne dg hadiah saye?sy jwb klo x blh pke buku bank anggp je bukan rzki sye.. nmun individu trbabit mcm mngeluh marah trs tutup tlp.klo ak caye cakap die blh jadi bukan ak trma hadiah RM5000 tp die yg dpt hdiah dri saya RM5000. Manpoeh heheheh

    ReplyDelete
  3. Hahahah baru tdi dpt pngilan peribadi..
    Katanya dri pihak celcom..sleng bahasa mcm indon plak...katanya dpt menang cabutan bertuah rm7ribu..xminta no acc tpi suruh p atm plak...trik lama lah tu...yang lain jgn tamak..tkut plak nti terkena kang susuhkn diri sndri. .

    ReplyDelete